Terlalu rindu..
Itu sj ungkapan yang boleh aku ungkapkan pada waktu ketika ini.. Tapi semuanya tak mungkin boleh seperti dahulu.. Kerana kini kau sedang bahagia bersama insan lain.. cinta yang ku semai dulu kini sudah diracuni..
Aku seolah tak mengenali dirimu lagi.. Janji-janji yang kau tabur dahulu kini hanya tinggal janji.. Di mana janjimu bahawa kau akan setia menungguku? Di mana lafaz janji yang kau ukir buatku bahawa hatimu akan tetap mencintaiku.. tapi semua itu hanya dusta.. Saat kau membiarkan dirimu hanyut tanpa kemudi.. Kau telah melepaskan tanganku yang selama ini kau genggam erat..
Bibirmu yang dahulu mengukir kata-kata manis kini tidak lagi ku dengari.. Bibirmu itu kini hanya mampu melafazkan kata-kata yang bisa buat aki sakit.. Saat kau melangkah pergi.. Sedikit pun kau tidak merenung ke dalam mataku.. Airmata yang mengalir sedikit pun kau tak peduli.. Yang keluar dari bibirmu hanya tuduhan yang kau cipta untuk melepaskan dirimu dari salah yang sebenarnya datang berpunca dari khilaf kau sendiri.. Cinta suci kita yang dahulu kita banggakan biarlah ia berlalu pergi demi kebahagiaan mu..
Saat kau bertegas yang dia adalah pilihanmu.. sedikit pun kai tak ingat akan hubungan yang sekian lama aku & kau bertahan..!! Tak ingatkah kau pada aku? Lupakah dikau janji-janji mu dahulu? Kenapa kau tegar buat aku macam ni? Tidak ada sedikitkah rasa bersalah kau terhadap aku? Waktu sebelum hal ini terjadi.. Tidakkah kau ingat akan insan ini yang dah lama ada waktu susah senang sepanjang bersamamu? Tidak ada sedikitkah rasa ingin mempertahankannya dulu..? Kau lepaskan ku pergi seolah-olah aku ni hanya insan biasa yang baru kau kenali..
Cuma yang boleh aku luahkan.. Rindu itu masih ada.. Sayang itu masih ada.. Sejak aku kehilangan dirimu.. Terlalu banyak dugaan yang ku tempuhi seorang diri.. Tanpa dirimu.. Yang bole aku buat pembakar semangat ku hanya sisa-sisa baki cinta, luka & airmata yang kau tinggalkan..