Musim cuti sekolah jew mesti akan ada banyak kenduri kendara... Ramai kawan-kawan erna sudah kawin.. Cepat benar jodoh diaorang.. Entah bila la jodoh erna.. Dengan siapa? Umur bila? Bagus ke kawin awal ni? hmmmm.. kelu lidah nie nk berkata-kata.. Ada yang cakap bagus.. Ada juga yang kata tak bagus.. Pada aku yang bagusnya boleh elak maksiat.. maka secara tak langsung akan berkurangnya kes pembuangan bayi.. Tapi yang tak bagusnya.. pada usia muda mcm nie.. mampu ke kita nk pikul tanggungjawab yang besar? Kawin.. bkn perkara main-main..
gambar hiasan semata-mata
Seringkali diacukan dengan soalan "Bila lagi Lagi nak kawin??" Keje pun belum betul-betul kukuh lagi.. lagipun erna nk belajar lagi.. Antara cita-cita dan perkahwinan.. hmmmm... Tak kan nak kawin semasa belajar? Ah.. tak mampu aku.. Mungkin ada yang diluar sana mampu.. tapi bagi aku.. benda tu sukar..
Tetapi jika aku diberi pilihan, berkahwin semasa belajar dan berkahwin selepas habis belajar, tanpa ada apa-apa situasi yang mendesak, maka aku akan memilih berkahwin selepas habis belajar.Tapi kenapa dia macam sukar sangat nak paham? Kenapa? Adakah kerana kawan-kawannya sudah ramai yang berkahwin? This is not a trendy fashion show! Bila orang len pakat-pakat habis kawin.. kita pun sibuk nak kawin.. Belum cukup lengkap lagi.. belum kukuh lagi.. Kalau dah betul-betul kukuh tak pe la jugak..
Bukan bermasud aku tak nak kawin terus.. nak.. cuma masa tu belum sesuai...hmm.. sape tak nak pakai busana pengantin yang indah.. menjadi raja sehari.. cuma belum masanya lagi..
gambar hiasan semata-mata
Cukup ke nak tanggung perbelanjaan isi rumah? Cukup ke nanti nak bayar itu bayar ini.. Bukan aku protes pada yang memilih tuk kawin awal.. KAWIN LA JIKA HIDUPMU MEMANG SUDAH LENGKAP.. Tapi yang membuatkan aku rasa nak marah jew si dia ni.. masalahnya kita belum cukup lagi.. Mana nak sara anak bini lagi.. lampin susu baby lagi.. Kawin nie bukan macam main masak-masak masa zaman kecik-kecik dulu.
Bukan niat ni nak merendahkan martabat dia.. Aku tahu kekurangan dia.. Aku juga tahu kekurangan aku.. Biar la kita perbaiki dahulu kekurangan kita.. Biar susah-susah dari sekarang.. Jangan susah kemudian hari.. Biarlah masa yang menentukan segalanya.. Tak akan lari gunung dikejar.. cuma satu je harapan aku.. Kepercayaan.. Percaya pada diri aku.. Penantianmu itu bukan satu sia-sia.. Aku bukan kejam sangat.. Takkan aku akan sia-siakan hidup dia la..! Sedih betul bila orang tak percaya pada diri aku ni.. Masih banyak lagi halangan yang perlu aku tempuhi di hadapan sana..
Pada kawan-kawan kat luar sana yang sudah berkahwin.. Aku ucapkan tahniah.. Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu..
0 comments:
Post a Comment